PM SANGGUP PERBAIKI KELEMAHAN DEMI RAKYAT

 

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana memiliki Perdana Menteri yang sanggup memperbaiki ‘kesilapan lalu’ demi memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak sempurna, namun sentiasa memastikan yang terbaik untuk rakyat.

Oleh itu katanya, rakyat khususnya golongan muda perlu terus memberi sokongan kerpada kerajaan yang ada kini untuk memimpin negara kearah lebih baik.

“Percayalah, kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang ingin memastikan rakyatnya menikmati keselesaan yang sebaik-baiknya.

“Kita (kerajaan) bukanlah yang sempurna…tapi kita (rakyat) patut bersyukur kerana Perdana Menteri yang ada hari ini sanggup memperbetulkan kesilapan,” katanya pada sesi dialog TN50 peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pada Rabu malam.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bertindak selaku moderator.

Program yang bertujuan untuk mendapatkan aspirasi orang ramai mengenai TN50 itu dihadiri lebih 500 warga kota.

Sementara itu Tengku Adnan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan hanya tahu bercakap atau menabur janji sebaliknya mengotakan janji.

Berbanding pembangkang yang hanya tahu bercakap dan menabur fitnah, namun tidak bekerja untuk rakyat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.