PM, TPM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA MINDEF

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beserta Datin Seri Rosmah Mansor memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang diadakan di perkarangan padang kawad kementerian.

Ketibaan Najib dan Rosmah pada 8.45 malam, pada Isnin, disambut Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah serta 10,000 tetamu termasuk warga MINDEF.

Turut hadir  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Sementara itu, Najib turut menerima kejutan apabila diraikan sempena ulang tahun beliau ke-64, pada Ahad.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.