PMSP ADA BUKTI KIT SIANG LAHIR DI CHINA

 

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa pihaknya mempunyai bukti dan telah melihat sendiri surat beranak Lim Kit Siang yang didaftar di China.

Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Shafik Abdullah berkata, beliau sendiri pernah melihat sendiri nama pemimpin veteran DAP itu telah didaftarkan dalam buku ‘Daftar Rumahtangga China’.

“Buku adalah pendaftaran turun-temurun semua anak kelahiran di China akan didaftarkan dalam buku tersebut. Apabila petani yang lahirkan anak di China, bila didaftarkan dalam buku tersebut, kerajaan China akan memberikan satu petak tanah.

“Itu kebaikan kerajaan China, lahir saja anak dapat satu plot tanah, itu bagi golongan petani, bukan penduduk bandar. Daripada data di dalam buku berkenaan, saya sudah lihat tapi tak dapat ambil gambar dan ambil bukti kerana melibatkan maklumat peribadi dan sulit,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Rabu lalu, Presiden PMSP, Ramesh Rao mendesak supaya Penasihat DAP itu agar berterus-terang mengenai asal-usulnya sama ada dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.