POLIS RAMPAS TELEFON, JUBAH ZAMIHAN

 

Kediaman Dr Zamihan Mat Zin di Bandar Baru Bangi digeledah polis petang Khamis bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Johor.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi tiba di kediaman Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) itu kira-kira jam 3.30 petang Khamis.

Watan-Online difahamkan pihak polis merampas telefon bimbit, jubah dan beberapa buah buku yang digunakan Zamihan ketika menyampaikan kuliah agama.

Zamihan kini ditahan polis atas dakwaan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung isu muslim ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah masjid.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan larangan terhadap Zamihan bagi menyampaikan kuliah agama di negeri itu.

Bagaimanapun pekeliling larangan berkenaan menyatakan bahawa ia hanya bersifat sementara sehingga sisasatan dijalankan pihak berkuasa selesai.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.