POLIS SAMAN KANAK-KANAK LUMBA BASIKAL

 

Gara-gara berlumba basikal lajak, enam kanak-kanak lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun disaman RM150 setiap seorang petang Rabu.

Penahan tersebut dilakukan sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Lim Bak Phai dilaporkan berkata pemeriksaan mendapati kesemua basikal yang diubahsuai tanpa dilengkapi dengan sistem brek.

“Basikal berkenan disita dan ibu bapa kepada kanak-kanak dipanggil untuk tindakan lanjut di bawah kesalahan menurut Kaedah 42 LN 166/69.

“Manakala saman RM150 dikenakan terhadap setiap seorang kanak-kanak yang terbabit melakukan aktiviti perlumbaan menggunakan basikal lajak,”katanya,

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan ibubapa agar memantau pergerakan anak-anak termasuk memeriksa basikal supaya sebarang pengubahsuaian yang dikategorikan sebagai basikal lajak dapat dikesan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.