POLIS SIASAT KECELUPARAN ZAID

 

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sengaja memutar-belitkan kenyataannya mengenai PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkannya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Perarakan serta Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kontinjen Selangor di Shah Alam, pada Khamis.

“Saya boleh mengesahkan satu laporan polis telah dibuat di Kuala Lumpur semalam ekoran kenyataan Zaid dan siasatan telah dibuat oleh Bukit Aman,” katanya.

Baru-baru ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Zaid dipetik sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Dalam titah balasnya, Sultan Sharafuddin di dalam wawancara dengan akhbar Utusan Malaysia menyifatkan bekas menteri itu sebagai biadap.

Baginda juga bertitah supaya Zaid balik ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan kenyataan baginda terhadap Dr Mahathir.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.