POLIS TEMBAK SUSPEK SAMUN KEDAI EMAS

 

Seorang lelaki dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun kedai emas sekitar Lembah Klang maut ditembak selepas suspek itu melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian di Taman Connaught, Cheras, di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, sepasukan polis daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah mengesan suspek yang memandu kereta Perodua Myvi di lokasi kejadian.

Katanya, suspek diminta untuk memberhentikan kenderaan bagi tujuan pemeriksaan, namun lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri dan suspek maut di lokasi kejadian,” katanya di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Katanya, polis turut menemukan sepucuk pistol dalam kenderaan lelaki itu. Siasatan awal mendapati suspek berusia 20-an itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun, katanya.

 

Sumber BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.