PPBM BATU GAJAH DIBUBARKAN

 

Tidak yakin dengan kemampuan Faizal Azumu sebagai pengerusi baru menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah , Ketua Penaja Bahagian itu, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya mengumumkan keluar serta membubarkan parti itu serta-merta.

Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak

“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.

“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di Batu Gajah pada Selasa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.