PPBM NAFI WUJUD KORNISME

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cuba menyembunyikan masalah dalaman parti yang semakin kronik dengan mendakwa tidak wujud sistem kronisme dalam pemilihan individu bagi memegang jawatan dalam parti itu.

Sebaliknya pemilihan dibuat berdasarkan ‘rundingan terus kepada pihak-pihak tertentu’ yang berkebolehan mengerakkan parti itu diperingkat akar umbi serta pimpinan tertinggi.

Setiausaha Agung parti, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh,
berkata terdapat ramai pihak berminat untuk merebut dan menerajui pelbagai jawatan dalam parti itu.

“Pucuk pimpinan sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian dengan mengambil kira faktor sumbangan seseorang calon yang hendak dilantik, pengalaman, bakat kepimpinan dan penerimaan oleh masyarakat setempat.

“Setakat ini sebahagian besar ketua penaja bahagian parti telah dilantik dan hanya beberapa bahagian sahaja yang memerlukan rundingan lanjut dengan beberapa pihak di akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu, bekas pengasas parti , Kamarul Azman Habibur Rahman berasa kecewa dengan amalan pilih kasih dalam pemilihan individu bagi memikul jawatan penting dalam PPBM.

Kamarul bersama lebih 800 akar umbi parti itu mengumumkan keluar parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berkuatkuasa semalam.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.