PRK DUN PUJUT 4 JULAI

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 Julai ini sebagai tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

Tarikh berkenaan diputuskan selepas mesyuarat khas suruhanjaya itu pada Jumaat, dan turut menetapkan 20 Jun depan sebagai hari penamaan calon.

Kekosongan kerusi DUN Pujut berlaku berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting daripada DAP sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Dr Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.