PROJEK TEBATAN BANJIR: AKLEH DITUTUP BERPERINGKAT

 

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memulakan kerja-kerja rancangan tebatan banjir di susur masuk Jalan Tun Razak mulai hari ini hingga 29 Januari.

Berikutan itu laluan susur masuk Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Jalan Tun Razak (U) yang ditutup hari ini hingga 14 Januari mulai pukul 11 malam Jumaat hingga 4 pagi hari Isnin.

Pengguna diminta menggunakan jalan alternatik ke Jalan Tun Razak Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.

Manakala pada 19 hingga 22 Januari dan 26 hingga 29 Januari pula, pengguna yang ke Jalan Sultan Ismail (Pusat Bandaraya) pula diminta melalui Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.