PRU14 : PAS YAKIN BERJAYA TAKLUK SELANGOR

 

PAS amat yakin akan berlaku ‘tsunami’ Melayu pada Pilihanraya Umum ke-14 yang akan meranapkan impian Pakatan Harapan (PH) untuk kekal mentadbir Selangor berikutan kemelut yang melanda dalam PH.

Meskipun tanpa PKR dan DAP , PAS tidak tergugat dengan pertemuan tiga penjuru di setiap Dun dan parlimen.

Menurut Yang Dipertua PAS kawasan Puchong, Mohd Soffiean Ismail, PAS yakin strategi dan gerak kerja yang diatur di setiap Dun dan parlimen berupaya menambah baik kedudukan parti itu berbanding pada PRU13.

“Pilihan raya kali ini, pengundi teras kepada PAS adalah kalangan kaum Melayu dan kita rasa sudah ada syarat untuk berlaku satu perubahan besar.

“Jika PRU13 berlaku tsunami Cina tetapi pilihan raya kali ini kemungkinan berlaku tsunami Melayu berikutan perkembangan semasa yang berlaku dalam Harapan,” katanya.

Beliau menambah, soal calon di setiap Dun dan parlimen juga telah dimuktamadkan, dan jentera PAS Selangor kini bersiap sedia sepenuhnya, hanya menunggu masa pembubaran berlaku.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.