PRU14 : SUKAR TUMBANGKAN BN TANPA PAS – TUN M

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa sukar bagi pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tanpa berselindung mereka memerlukan PAS untuk menumbangkan BN.

Namun katanya, amat malang apabila PAS tidak mahu bersama Pakatan Harapan (PH) kerana DAP.

Beliau berkata, atas sebab itulah mereka mengharapkan PAS untuk bekerjasama dalam PH yang diketuai DAP

“PPBM bersungguh-sungguh nak kerjasama dengan PAS, berkali-kali kita jumpa wakilnya dan mereka pada mulanya bersetuju, namun bila berjumpa Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak bersetuju pula.

“Sehinggakan kita lewatkan penubuhan PH kerana nak dapatkan persetujuan PAS tetapi PAS lebih utamakan hubungan rapat dengan UMNO.

“Akhirnya kita ditamatkan sendiri oleh PAS, sedangkan kita masih terbuka kerana kalau kita tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain tidak mungkin kita menang,” katanya menerusi temubual khas di Facebook beliau pada Jumaat.

Sebelum ini PAS mendakwa usaha untuk parti itu menjalinkan kerjasama dengan PPBM digagalkan oleh bekas Perdana Menteri itu dan bukannya PAS.

Katanya tindakan Dr Mahathir yang berterusan menyerang Hadi membuatkan PAS tawar hati untuk bekerjsama dengan PPBM.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.