RASUAH HARTANAH: LATIF BANDI LEPAS JAWATAN EXCO

 

Selepas membayar wang jaminan sebanyak RM2 juta, Datuk Abd Latif Bandi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi syarikat guam, Tetuan Adzly & Co yang beralamat di Taipan Damansara, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut kenyataan itu, Abd Latif menjunjung kasih ke atas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memberi kepercayaan kepada beliau sepanjang berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri.

“Susulan daripada pendakwaan yang dibuat ke atas saya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam

“Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat, rakan EXCO, masyarakat Mersing dan badan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak yang memberi sokongan kepada saya untuk melalui proses perundangan ini dengan seadil-adilnya.

“Terima kasih juga atas kerjasama erat ketua jabatan dan seluruh warga kerja di bawah portfolio saya di sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Saya memohon maaf atas segala silap salah dan kekurangan saya sepanjang kita bersama,” katanya.

Jelasnya keputusan untuk melepas jawatan dibuat ekoran pendakwaan yang dibuat ke atasnya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.

Abd Latif bercuti daripada memegang jawatan berkenaan sejak 10 Mac lalu bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Pada prosiding mahkamah semalam, Abd Latif bersama seorang perunding hartanah masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan membabitkan rasuah berjumlah lebih RM30.3 juta.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.