RAZALI BIDAS PEMBANGKANG PERSOAL SPR

 

Semua urusan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim apa sahaja alamat yang diberikan kepada SPR akan diguna pakai dalam pilihan raya kelak.

“Apa yang SPR buat semua adalah mengikut prosedur dan kita tak boleh kata tentang belum siap kem sebab SPR tak tengok kem yang tengok kem adalah MINDEF bila ada peraturan memohon itu betul maka kita luluskanlah sebab belum ada rumah yang belum siap.

“Jadi untuk cerita untuk kem tanya dekat kem tapi untuk SPR permohonan yang dibuat itu berdasarkan kuasa-kuasa yang diberikan. Itu maksud dia dan dah banyak kali jawab di peringkat dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri.

Tambahnya menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, ketika ini terdapat sejumlah yang membuat bantahan dan pendengaran sedang berlangsung jadi tidak timbul isu SPR mengabaikan apa jua bantahan yang dibuat oleh orang awam.

Tegas Razali meskipun SPR ikut peraturan 12 borang A menetapkan dimana anggota itu bertugas maka kem itu akan menjadi kawasan yang akan diundinya kelak.

“Sememangnya ada bantahan jadi kita tunggulah pendengaran yang YB membayangkan macam-macam tu buat apa sampai suruh ATM dikenakan denda tu dah melampau, menipu nama baik SPR menteri pun tak jawab macam itu hari tu.

“Kita nak bagi tahu nama SPR tercalar apabila tercalar apabila Bangla dituduh sebagai pengundi hantu, smpai hari ini tak ada. Tercalar-calar SPR kita minta mana tu tapi takde juga. Cerita-cerita dongeng ini buatkan orang mula fikir macam SPR ini jahat sangat.

“Jadi sebab itu saya kata kita ada prosedur mana yang mengatakan bahawa ia mengikut prosedur. Pokok Sena cuba buat tuduhan,” tegas Razali lagi.

Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh keberkesanan meletak peti undi awal di dalam lokap bersama-sama dengan kertas undi jelas Razali peraturan pilihan raya 3 1 (a) semua peti undi awal yang dimeterai akan dimasukkan dalam beg undi dan ia disimpan dalam lokap sehingga tiba proses pengiraan undi.

“Sekiranya calon ingin mendapat akses kepada lokap, calon perlu mendapatkan kebenaran pihak polis yang bertanggungjawab ke atas lokap sebagaimana yang termaktub dalam peraturan lokap 1953,” jelas beliau.

Fuziah yang dilihat tidak berpuas hati dan berang terus menyerang Razali kerana baginya jawapan yang diberikan terlalu skema.

Namun Razali secara sinis terus menjawab soalan ia sememangnya adalah prosedur yang telah ditetapkan.

“Ia memang macam tu saya nak buat macam mana. Saya sebut tadi ada peraturan lokap jadi kuasa-kuasa ketua balai lah. YB baru jadi calon pun cerita macam hebat sangat apa ingat jadi calon boleh langgar semua peraturan.

“Pembangkang ini nak buat undang-undang semua nak bagi senang dia mana boleh dah peraturan dia macam itu.

“Ini check n balance. Kalau dinafikan selepas memohon itu cerita lain, tapi kalau setakat kita ini calon kita ingat boleh langgar semua perkara itu tak boleh YB. Mohon ikut kebenaran namun YB kena ingat mohon belum semestinya lulus bergantung kepada ketua balai,” sindir Razali.

Razali dengan tegas menjelaskan semua seharusnya meraikan kerana jumlah undi yang keluar pada tahun 2013 paling tinggi dalam sejarah pilihan raya 84.4%.

Sebelum ini peratusan keluar mengundi tidak sampai 80% dan ini membuktikan JPM dan SPR telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengundi.

Jelasnya lagi kebanyakan isu yang dibangkitkan pembangkang bersifat politik dan seharusnya ia tidak berlaku malah ia adalah tidak adil untuk SPR yang telah bertungkus lumus.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.