RAZMAN DIARAH BAYAR NIZAR RM200,000

 

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria diarah membayar RM200,000 kepada ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hakim Mahkamah Sesyen, D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan itu selepas meneliti kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di sebuah akhbar tempatan terhadap Nizar sebagai berunsur fitnah.

Saman fitnah berjumlah RM3 juta difailkan oleh Nizar di Mahkamah Tinggi  Ipoh pada 2015.

Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap di perkarangan mahkamah, Zamri berkata beliau akan mendapatkan nasihat Razman sama ada memohon penangguhan keputusan atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.