REMAJA MENGAKU BERSALAH HANTAR MESEJ LUCAH

 

Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat, atas tuduhan menghantar mesej lucah menerusi aplikasi WhatsApp terhadap seorang guru wanita berusia 37 tahun yang mengajar disebuah sekolah menengah di Saujana Utama, awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 18 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rihaida Rafie selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai ejen pengangkutan bas pelancongan telah memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan aplikasi pekhidmatan aplikasi WhatsApp secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen lucah dan jelek sifatnya terhadap Siti Mariam Din iaitu ‘U HISAPKAN BATANG I BLH??’ dengan niat menganggu orang lain.

Perbuatan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama kira-kira pukul 1.35 petang pada pada 2 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 (1 ) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh hukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama, sabit kesalahan dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut memohon pertimbangan mahkamah supaya wang jaminan ke atasnya dikurangkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Rizal Azani Zainal Adznam mencadangkan bayaran jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Rihaida menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin serta menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.