REMAN ADAM ROSLY DISAMBUNG 4 HARI

 

Perintah reman terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah disambung empat hari bermula esok.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman.

Terdahulu, Adam Rosly dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 9.10 pagi Selasa, berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM.

Pada Jumaat lalu, Adam Rosly direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya yang berakhir hari ini.

Beliau yang berusia 28 tahun ditahan reman untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 10 Februari lalu, SPRM sudah merakam keterangannya berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meski pun baru memegang jawatan dalam PKR.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di sini, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.