RGN1M : JAMAL MOHON TANGGUH PENGOSONGAN

Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon penangguhan pengosongan serta merta tapak premis Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) berkuatkuasa 18 Jun ini.

Menurut Jamal tarikh dari notis yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tidak kena pada masa dan terlalu singkat untuk mengosongkan tapak restoran itu.

“Penangguhan tersebut atas dasar memberi ruang dan masa untuk pihak kami melakukan proses mencari lokasi baharu untuk pemindahan barang serta peralatan di RGN1M Jalan Pahang kini.

Selain itu juga, para petugas di RGN1M Jalan Pahang telah pun mula bercuti untuk menyambut Hari Raya yang dijangka pada Jumaat ini,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jamal berkata, operasi restoran itu dalam menyajikan makan tengahari percuma kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa mahupun idealogi politik tidak sesekali mengaut sebarang keuntungan malah hanya bertujuan membantu rakyat.

“RGN1M Jalan Pahang dibuka dengan tujuan untuk memberi makan tengahari secara percuma kepada warga kota bagi meringankan beban perbelanjaan harian.

“Pihak kami tidak pernah sesekali mengambil sebarang keuntungan sepanjang RGN1M ini beroperasi,”katanya.

 

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.