AS RISAU RUU ANTI BERITA PALSU

 

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bimbang dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Palsu oleh Malaysia yang membolehkan hukuman penjara sehingga enam tahun jika didapati bersalah menyebarkan berita palsu.

AS berkata, undang-undang itu berpotensi memberi impak kepada kebebasan bersuara di Malaysia serta jangkauan globalnya yang boleh memberi kesan kepada rakyat dan syarikat-syarikat negaranya.

Katanya, kelulusan RUU itu berlaku dengan pantas melalui Parlimen tanpa perundingan dan perbahasan awam.

Lantaran itu, AS meminta Kerajaan Malaysia berunding dengan komuniti perniagaan dan masyarakat awam sebelum melaksanakan undang-undang tersebut.

“Kami menggesa Kerajaan Malaysia memastikan semua undang-undangnya, yang sedia ada dan akan datang menghormati kebebasan bersuara.

Isnin lalu, Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Anti Berita Palsu yang menetapkan denda sehingga RM500,000 dan penjara sehingga 6 tahun jika didapati bersalah menyebarkan berita palsu.

Malaysia merupakan negara pertama yang memperkenalkan undang-undang itu. Manakala negara-negara Asia Tenggara lain termasuk Singapura dan Filipina sedang mempertimbangkan bagaimana menangani berita palsu.

Rang undang-undang Malaysia mentakrifkan berita palsu sebagai “berita, maklumat, data dan laporan yang benar-benar atau sebahagiannya palsu” dan merangkumi ciri, rakaman audio dan rakaman audio.

Ia meliputi penerbitan digital dan media sosial dan akan dikenakan kepada pesalah yang menyebarkan berita palsu di dalam dan di luar Malaysia, termasuk orang asing, jika Malaysia atau warga negara Malaysia terjejas.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.