RIZALMAN ‘WINNABLE CANDIDATE’ BN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Barisan Nasional (BN) membayangkan untuk meletakkan calon UMNO bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN perlu merampas kembali kerusi parlimen itu setelah dua kali tewas kepada pembangkang pada pilihanraya terdahulu dan secara terbuka merestui UMNO bertanding di parlimen itu menggantikan MCA.

Beliau juga menyifatkan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar adalah calon ‘winnable’ BN berbanding calon MCA Chew Yin Keen untuk bertanding pada PRU14 ini.

“Ini masa BN rampas semula Parlimen ini dan hero kita adalah Datuk Rizalman.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

“Dua kali kita bagi kerusi ni kepada MCA,  tapi siapa yang buat kerja?,” soalnya dan hadirin yang datang menjawab,” UMNO!”

“Kali ini MCA mesti bersama bekerja keras dengan UMNO, bersama GERAKAN dan parti kompenen BN yang lain untuk merampas kembali parlimen ini,” ucapnya pada Majlis Pelancaran Jentera BN Bandar Tun Razak di Taman Tenaga, Cheras, pada Isnin.

Parlimen Bandar Tun Razak adalah kerusi tradisi MCA sejak lima pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun MCA gagal mengekalkan penguasaan BN di parlimen itu pada dua pilihanraya umum lalu.

 

Oleh Najamuddin Mohd Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published.