RM50 MENITI JAMBATAN ROSAK

Seorang warga emas, Fatimah Ima Osman, 73, mengakui telah di bayar sebanyak RM50 untuk berlakon melintasi jambatan yang uzur di Kg Pamah Aur, Pahang.

Memetik laporan dari gengataspagar.com pada Khamis yang bertemu dengan Fatimah berkata mengakui sebelum ini tidak pernah terlintas untuk membahayakan nyawanya meniti di jambatan itu.

Menurutnya lagi, pihak yang membayar itu tidak memberitahu identiti diri walaupun telah ditanya Fatimah.

Terbaru, sebuah akhbar tempatan telah menerbitkan isu warga emas ini terpaksa menggadai nyawa meniti jambatan yang telah rosak akibat banjir di Kampung Parnah Aur, Bukit Bentong, Kuala Lipis untuk membawa anak bongsunya yang menghidap sakit jantung ke hospital.

 

Susulan daripada itu, natizen mula mengecam tindakan pihak yang memberi upah kepada warga emas ini dan menganggap perbuatan itu tidak bertimbang rasa serta bodoh.

 

Sebelum ini, dalam klip video tular dan mendapat tontonan sebanyak 1 juta menyaksikan seorang bapa menggadaikan nyawa anaknya melintasi jambatan gantung itu. Bagaimanapun, beliau telah diberi penjelasan oleh Adun Jelai, Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail serta telah memohon maaf secara terbuka kepada natizen yang mengecam video itu.

Tetapi kini ada pula pihak tertentu yang menangguk di air keruh dengan mengupah seorang warga emas untuk berlakon melintasi jambatan yang sama.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.