RM7j : ANINA SAMAN PEMIMPIN PPBM

 

Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin hari ini memaklumkan telah mengemukakan saman terhadap tujuh individu termasuk empat pemimpin parti itu yang mendakwa beliau menerima rasuah RM7 juta.

Beliau memaklumkan empat pemimpin PPBM yang disaman beliau adalah mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam parti itu.

Saman itu dikemukakan Anina, melalui peguamnya, Tetuan Abdul & Yazmin.

Saman berkenaan difailkan berkaitan fitnah yang dilontarkan terhadapnya mengenai dakwaan penerimaan wang sebanyak RM7 juta daripda UMNO di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Khamis.

Anina bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti keenam-enam individu tersebut sehingga penyerahan notis daripada pihak mahkamah terhadap mereka.

“Saya melalui barisan peguam saya, telah memfailkan suatu tindakan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam terhadap beberapa individu untuk membersihkan diri dan nama saya yang dituduh menerima wang sejumlah RM7 juta dari pihak UMNO.

“Antara faktor tindakan memfailkan saman itu dilakukan berikutan tiada sebarang tindakan diambil oleh kepimpinan tinggi PPBM berkenaan fitnah yang dilontar terhadapnya, memandangkan beliau juga antara pemimpin tinggi dalam parti sebelum ini.

“Meskipun sudah membuat aduan ke Jawatan kuasa Disiplin PPBM pada awal Ogos lalu,” katanya dalam sidang media di Bangi, pada Jumaat.

Sementara itu, Anina memaklumkan beliau telah membuat laporan kepada polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan wang sogokan RM7 juta itu.

Namun, fitnah berterusan yang dimainkan di laman-laman media sosial secara terbuka oleh individu-individu tersebut, mendorong Anina untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sebelum ini, dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PPBM, Petaling Jaya, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa beliau mengetahui wang berjumlah RM7 juta yang diterima oleh Anina.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.