ROL : KERAJAAN TIDAK PINGGIR PERUNDING TEMPATAN – KU NAN

 

Kerajaan masih memberi keutamaan kepada perunding tempatan dalam pelaksanaan projek River of Life (RoL) dan tidak bergantung sepenuhnya kepada perunding luar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan mendapatkan perkhidmatan perunding luar dibuat selepas menilai komitmen mereka mengindahkan sungai seperti di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun kini kerajaan sudah menggunakan perunding tempatan termasuk pembinaan Projek Kolam Biru di depan Masjid Jamek Kuala Lumpur.

“Kerajaan memutuskan menggunakan kepakaran tempatan, “katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Tengku Adnan turut menjelaskan, kos projek RoL yang diumum sebanyak RM4 bilion sebelum ini adalah kos lama, dan ketika ini jumlahnya sudah meningkat.

Ketika menjawab soalan asal, tanya, secara keseluruhannya, status pelaksanaan Projek RoL sudah mencatat kemajuan sebanyak 67 peratus dan dijangka siap pada 2020.

“Bagi projek pengindahan sungai fasa satu – Presint 7 meliputi kawasan sepanjang sungai di sekitar Masjid Jamek sehingga ke Daya Bumi.

“Pelaksanaan projek fasa satu ini sudah mencapai 93.7 peratus dan dijangka siap secara berperingkat mulai 15 April ini,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.