MB AKUI GAGAL TUNAI……

Khalid-Ibrahim-di-DUN-Sngor

Manifesto kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang menjanjikan penyediaan rumah mampu milik kepada semua rakyatnya tidak mampu untuk ditunaikan.

Itu pengakuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan  UndanganNegeri (DUN) Selangor, Selasa.

Menurut beliau, kerajaan PR Selangor hanya mensasarkan 80 peratus daripada keseluruhan penduduk Selangor yang dapat memiliki kediaman sendiri, manakala selebihnya perlu menyewa.

Perkara itu disebabkan dasar pemilikan harta rumah kediaman negeri tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi keperluan rumah mampu milik penduduk Selangor yang terlalu tinggi.

“Kita takut jumlah tak cukup kerana sekarang target semakin meningkat.

“Tak semestinya rakyat akan memiliki kediaman tetapi boleh sewa untuk hidup,”? Abdul Khalid memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Rumah untuk 80 peratus sahaja rakyat Selangor boleh disediakan – Khalid Ibrahim

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Taman Medan, Haniza Talha.

Haniza meminta Abdul Khalid menjelaskann mengenai dasar baru yang dibentuk dan dilaksanakan kerajaan PR Selangor selepas 2008 berhubung projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor.

Khalid selanjutnya menjelaskan, sehingga kini 15,000 buah rumah mampu milik dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan PerbadananNasional Selangor Berhad (PNSB), manakala 30,000 unit lagi dibina melalui projek swasta.

“Kerajaan perlu memikirkan usaha yang di dalam negeri maju, yang mana tidak semestinya rakyat akan memiliki kediaman tetapi hanya boleh menyewa untuk terus hidup.

“Antara negara yang melaksanakan sebegini yang boleh kita belajar sudah tentulahUnited Kingdom dan ini memerlukan dana yang sangat besar,” katanya lagi.

Situasi ini dilihat bakal mengecewakan rakyat Selangor yang memilih PR untuk terus mentadbir negeri itu, tetapi gagal menunaikan janji dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke -13 yang lalu.

Bagaimanapun itu bukanlah pelik jika diambil kira Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang sebelum ini pernah dilaporkan berkata bahawa manifesto bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid meminta rakyat Selangor menghargai pemberian RM100 seorang oleh kerajaan PR negeri melalui program MerakyatkanEkonomi Selangor (MES) Jom Shopping.

Katanya, rakyat Selangor tidak boleh membandingkan jumlahnya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan Persekutuan.

Ini kerana jumlah rizab simpanan kerajaan negeri walaupun mencecah RM3 bilion tidak mencukupi jika mahu menyamai jumlah BR1M.

“Kumpulan dana terhad, jadi kalau nak guna semua untuk kebajikan, jumlahya tidak akan cukup, walaupun kita rasa jumlah rizab kita tinggi, tetapi ianya tidak cukup, itu saya nak ingatkan.

“Sebagai contoh Kerajaan Persekutuan beri BR1M yang jumlahnya lebih RM5 billion, kalau kita bagi jumlah yang serupa dengan kerajaan Persekutuan, walaupun otak (kira-kira) kita perlu disemak, itu tidak guna.

“Jadi sebab itu kita perlu buat dengan penuh tanggungjawab, dan saya rasa itulah tujuannya (buat dengan tangungjawab),”katanya.

Sumber BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published.