RUMAH MUSNAH DITIMPA TANAH RUNTUH

 

Sebuah rumah yang dihuni tiga beranak di Kampung Sungai Toh, Gua Musang musnah ditimbus tanah daripada runtuhan bukit di belakang kediaman mereka pada Jumaat.

Kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat melanda kawasan itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan nyawa selepas keluarga terbabit berjaya menyelamat diri.

Mangsa, Rosdi Akiri Ismail, 27, berkata, ketika kejadian, dia dan keluarga tiada di rumah kerana sedang membantu ibu bapanya yang terperangkap dalam banjir di Kampung Jeram Tekoh.

Katanya, dia tergamam selepas seorang rakannya memberitahu rumah yang didiami sejak tiga tahun lalu bersama isteri dan seorang anak berusia dua tahun musnah ditimbus tanah runtuh.

“Pada pukul 5 petang, saya telah ke Kampung Jeram Tekoh untuk membantu ayah, Ismail Zainal, 74, memindahkan barangan berharga. Ketika itu, hujan turun dengan begitu lebat,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Tambahnya, mereka sekeluarga juga tidak menyangka bukit yang terletak kira-kira lima meter dari tapak rumahnya itu akan runtuh selepas hujan lebat semalam.

“Selepas selesai membantu ahli keluarga berpindah saya telah pulang ke rumah dan hati saya begitu luluh melihat keadaan rumah yang telah musnah,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.