RUPANYA PERUBAHAN LEBIH TERUK – NASRUDIN

 

Pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu bakal mengundang petaka buat umat Islam, dakwa Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara telah meresahkan umat Islam di negara ini susulan rekod penghakiman sebelum ini yang tidak menyebelahi Islam.

Menurutnya, pelantikan Richard itu juga telah melengkapkan penguasaan orang bukan Islam dalam sistem perundangan dan kehakiman setelah pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Datuk Liew Vui Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal Undang-Undang).

“Melihat tiga posisi penting ini telah diisi oleh figure yang sangat meresahkan ummat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.

“Episod apa lagi yang bakal disaksikan oleh umat Islam selepas ini. Sudahlah Islam terumbang ambing di zaman kerajan BN dahulu, ternyata kini perubahan yang dilaungkan itu rupanya ke arah yang lebih teruk dan buruk,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata suara penolakan umat Islam terhadap pelantikan individu beragama lain dalam bidang perundangan telah disuarakan semenjak pelantikan Peguam Negara tempoh hari.

Justeru itu beliau menyelar tindakan kerajaan yang seolah-olah tidka mengendahkan reaksi bimbang tersebut.

”Malangnya, kerajaan Pakatan Harapan boleh “memekakkan” telinga dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak “membutakan” mata dari melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini.

“Apakah situasi ini meletakkan umat Islam terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya?,” soal beliau dengan sinis.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.