SAMBUTAN UMNO DIMULAI DENGAN PENGISIAN AGAMA

 

Pengisian agama dan perkongsian ilmiah membuka tirai sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71, yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada malam Jumaat.

Ceramah agama disampaikan Datuk Badlishah Alaudin dengan mengupas pedoman dan maksud di sebalik malam Nisfu Syaaban itu mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan ahli UMNO yang membanjiri stadium sejak jam 3 petang tadi.

Barisan kepemimpinan parti keramat orang Melayu itu tidak melepaskan peluang mendengar ceramah agama, selain solat maghrib secara berjemaah yang akan diimamkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, tiba di perkarangan stadium pada jam 8.45 malam bagi majlis perasmian menerusi gimik penerimaan bendera Sang Saka Bangsa daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Kira-kira jam 8.50 malam Khairy masuk ke dalam stadium sambil belari dengan membawa bendera UMNO mengeliling padang.

Khairy menamatkan larian sehingga ke pentas utama sekali gus menyerahkan Sang Saka Bangsa kepada Najib sambil disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selesai upacara penyerahan bendera lagu kebangsaan Negarku berkumandang di stadium yang mampu memuatkan lebih 100,000 penonton.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan menaikkan bendera UMNO Sang Saka Bangsa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.