SAYA MAHU BERSAMA KELUARGA – ANWAR

 

“Saya beritahu (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) saya tidak perlu berkhidmat dalam Kabinet pada masa ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Umum PKR itu,  beliau berhasrat meluangkan masanya bersama keluarga dan akan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara bersama Pakatan Harapan (PH)

“Saya beri jaminan, saya sebagai warganegara yang prihatin memberi sokongan sepenuhnya, kepada urus tadbir negara atas kefahaman bahawa kita komited kepada agenda reformasi, bermula dengan badan kehakiman, media dan keseluruhan aparatus kerajaan,” katanya Anwar pada sidang media di kediamannya di Segambut selepas dibebaskan dari tahanan.

Anwar mengingatkan media bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai prerogatif dalam pembentukan Kabinet, tetapi dia diberi jaminan perdana menteri akan merujuk kepada pimpinan-pimpinan parti Pakatan Harapan.

Anwar telah diberi pengampunan penuh oleh Yang Di Pertuan Agung Sultan Muhammad V tengah hari tadi daripada pertuduhan liwat Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2015.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.