SELEPAS BEBAS ANWAR SALAHKAN SISTEM PERUNDANGAN

 

Sebaik dibebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyalahkan sistem perundangan negara apabila beliau dijatuhkan hukuman oleh mahkaman kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ketua Umum PKR itu bagaimanapun melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih  kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana diberi pengampuan penuh selepas menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

“Agong menerima perkara ini, maka pengampunan ini penuh dan tidak bersyarat keseluruhan pensabitan saya secara automatik dipadamkan,” katanya.

Beliau berkata perjalanannya “dari penjara ke istana” hanya boleh berlaku kerana sokongan rakyat.

Anwar menghargai kebebasan ini, dan berkata ada pengajaran daripada hidup di dalam penjara.

“Iaitu nilai kebebasan. Kita tidak boleh biarkan orang lain mengalami persendaan keadilan yang sama. Ini tanggungjawab kita, terutama dalam Pakatan Harapan, untuk menghentikan perkara ini,” katanya pada sidang media di kediamannya di Segambut, pada Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.