SERANGAN WARGA CHINA ANCAMAN ‘BOM JANGKA’

 

Kemasukkan buruh asing warga China di zaman pemerintahan British sewajarnya menjadi pedoman kepada kepimpinan negara untuk lebih berhati-hati serta mengambil langkah perlu agar tidak terjerumus dalam kancah musibah yang mengancam keharmonian rakyat di negara ini.

Kejadian serangan warga China menyerang anggota polis yang menyerbu kegiatan judi haram baru-baru ini sangat mengejutkan dan ianya tidak disangka boleh berlaku di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Ekoran itu Pertubuhan Pribumi Perkasa membuat kenyataan berikut :-

KENYATAAN MEDIA PERTUBOHAN PERIBUMI PERKASA ( PERKASA ) MALAYSIA
Bil: 50/30/2017
13 November 2017

SERANGAN WARGA CINA KE ATAS POLIS : ‘” BOM JANGKA ” DAHSYAT

Lapuran Utusan Malaysia 12 November 2017 bahawa kelmarin sekumpulan yang diyakini warga China menyerang anggota polis di Jalan Abaraham, Kuala Lumpur adalah amat membimbangkan PERKASA. Pada kejadian itu, lebih 50 dari kira-kira 200 orang warga China itu ditahan oleh pihak polis. Perkara ini tidak boleh sama sekali dianggap ringan. Ia adalah satu ‘wake up call’ yang * ‘loud and clear’* kepada apa yang diibaratkan sebagai * ‘ bom jangka’* yang dahsyat di Negara ini.

2. Sebelum ini sudah banyak suara kebimbangan dan bantahan dari pelbagai pihak tentang kemasukkan besar-besaran warga China ini. Kita tahu bahawa projek-projek besar seperti di Kuantan, Melaka, Johor dan projek keretapi laju Pantai Timur pasti melibatkan kemasukkan jumlah yang amat besar warga China. Apakah kita lupa sejarah dan asal usul warga China ini. Apakah tidak mustahil keganasan serupa akan berlaku di Pahang, Melaka dan Johor lalu merebak luas keseluruh Negara? Bagaimanakah jika keganasan begini berlaku ke atas orang Melayu? Bagimana jika warga Cina tempatan juga turut terlibat? Banyak lagi kemungkinan dan kebarangkalian ngeri yang boleh difikirkan.

3. Persoalannya, bagaimanakah tempat yang dianggap sarang judi itu boleh beroperasi di tengah Ibu Negara dengan pelanggan yang ramai, entah sejak bila dan tiada tindakan pihak berkuasa? Apakah pihak berkuasa sudah lupa akan sejarah Gee Hin dan Hai San? Memang benar kita perlu pelaburan asing untuk membangun. Kata pepatah, “ukur baju dibadan sendiri” dan “kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga” mesti dijadikan pedoman. Kita negara kecil dan analogi nelayan kecil dapat memberikan pengajaran. Bagi nelayan kecil, menangkap ikan kembong, cencaru, tenggiri senangin atau kurau adalah menguntungkan. Tetapi jika jerung yang dicuba, bukan sahaja pancing atau pukat yang musnah, malah nelayan pun turut dibaham jerung. Bukankah negara China dengan dasar OBOR (one belt one road ) dan dasar luar kini sama seperti jerung yang lapar.!!!

4. Perlu juga diingat bahawa bangsa Cina ini kerap terlibat dengan kegiatan haram dan maksiat seperti pelacuran, kongsi gelap, pengedaran dadah dan tidak mustahil juga percetakan wang haram. Kegiatan kegiatan ini amat mengancam keselamatan Negara kita. Juga boleh dianggapkan ancaman-ancaman seperti ini kelak akan memudahkan Kerajaan China untuk masuk campur tangan dalam urusan megara kita dengan alasan untuk melindungi keselamatan rakyat mereka. Apabila ini berlaku, penjajahan mutlak oleh kuasa besar dunia itu akan turut sama terjadi dengan mudahnya.

5. Di atas kebimbangan ini dan banyak lagi persoalan lain, PERKASA mahu supaya:
(i) Pemerintah adakan dasar dan tindakan yang ‘aggressive” dan komprehensif bagi menangani permasalahan besar ini.
(ii) Masih belum terlewat untuk mengkaji semula kewajaran pelaburan besar-besaran dari negara China.
(iii) Belum terlewat untuk menilai semula kewajaran kerjasama parti MCA dengan parti Komunis China. (iv) Adakan ‘restricted zone’ kepada warga China seperti yang diamalkan di Rusia.
(v) Perlulah pihak berwajib menyaring dan mendaftar setiap warga China yang masuk ke negara ini.
(vi) Setiap dari mereka yang disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah hendaklah diusir keluar serta-merta.

6. Senarai kebimbangan dan cadangan diatas tentu jauh dari lengkap. Namun PERKASA yakin bahawa inilah yang difikir dan digusarkan orang ramai khususnya masyarakat Melayu dan peribumi.

Sekian.

Dato’ Sirajuddin H Salleh
Timbalan Presiden PERKASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.