SERPIHAN HAWK 108 DISERAHKAN PADA TUDM

 

Serpihan pesawat pejuang Hawk 108 yang ditemui di sekitar paya bakau berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu akan diserah kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk siasatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata pemeriksaan selepas penemuan mendapati ianya menyerupai pesawat yang terhempas sejak awal pagi Khamis.

“Ia ditemui 10 anggota penyiasat yang melakukan siasatan di kawasan berpaya itu pada jarak 400 meter dari jalan raya.

“Kita sudah pantau kawasan berkenaan dengan menempatkan anggota untuk mengawal tempat berkenaan bagi membolehkan pihak TUDM menjalankan siasatan terperinci,” katanya, pada Jumaat.

Difahamkan, komponen utama pesawat terbabit dikatakan terbenam dalam kawasan berpaya, menyebabkan kerja mengeluarkan bangkai pesawat berdepan kesukaran.

Semalam, dua juruterbang TUDM, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemui  terbunuh selepas pesawat berkenaan terhempas.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.