SHAHRIZAT NAFI TANDING KERUSI BANDAR TUN RAZAK

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menafikan bakal bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini seperti mana khabar angin yang tersebar.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau tidak bertanding di situ meskipun yakin kawasan tersebut boleh dimenangi oleh Barisan Nasional (BN).

“Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jawapan saya tidak ,walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan Nasional boleh menang dan tewaskan PKR,” katanya yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong.

Shahrizat dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen di Bandar Tun Razak pada PRU-14 bagi merampas kerusi yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga bekas calon PKR.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.