SIASAT PEGAWAI JSJ JIKA ADA LAPORAN- SPRM

 

Siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd hanya akan dilaksana jika terdapat laporan rasmi dibuat, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM).

Laporan The Star memetik kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya hanya mengetahui kejadian itu melalui media massa.

“Saya baca laporan dan menghormati hasil siasatan polis, untuk melepaskan pegawai kanannya daripada sebarang salah laku.

“Tetapi, jika kami terima maklumat lain, kami pasti akan menilainya,” katanya.

Jumaat lalu, akhbar Australia, Sydney Morning Herald mendedahkan bahawa polis Australia merampas AUD$320,000 (RM971,728) daripada akaun Wan Ahmad (foto) kerana disyaki hasil penggubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan semalam mendakwa wang berkenaan adalah hasil penjualan rumahnya di Shah Alam.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.