SIDANG AKHBAR FATTAH, FAZURA 23 NOVEMBER

 

Pasangan hangat yang didakwa telah bernikah, Fattah Amin, 27 dan Nur Fazura, 34, akan mengadakan sidang akhbar pada 23 November ini, sekembalinya daripada menunaikan umrah bagi menjawab spekulasi tentang hubungan mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pasangan itu meminta rakan-rakan media serta peminat mendoakan kelancaran ibadah mereka di Tanah Suci.

Fatah dan Fazura pergi ke Mekah pagi Rabu dengan diiringi keluarga masing-masing dan wakil pengurusan mereka.

“Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa daripada semua rakan-rakan wartawan dan para peminat agar ibadah umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insya-Allah diberkati dengan umrah yang mabrur,” kata mereka memetik kenyataan yang diberikan kepada media.

Sejak malam tadi, desas-desus mengenai pernikahan pasangan tersebut mula bertebaran, namun kedua-duanya enggan mengesahkan berita berkenaan termasuklah wakil syarikat pengurusan masing-masing.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.