SIDANG DEWAN RAKYAT PALING LAMA

 

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke 13, pada 5 April menjadi paling panjang dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat apabila Dewan ditangguhkan jam 4.57 pagi Khamis.

Rekod persidangan terpanjang sebelum ini adalah sehingga jam 4.25 pagi ketika Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke 13 pada 10 April 2015.

Persidangan yang bermula 10 pagi Rabu berlanjutan sehingga hampir jam 5 pagi Khamis bagi menyelesaikan aturan-aturan mesyuarat dan usul-usul yang dibentang oleh kerajaan.

Selain sesi bagi jawab lisan di sebelah pagi, Dewan Rakyat menyaksikan perbahasan enam Rang Undang-Undang (RUU) dengan yang terakhir RUU Cukai Pelancongan 2017.

Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohamad Said menangguhkan Dewan jam 4.57 pagi selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz selesai menggulung perbahasan peringkat dasar dan jawatankuasa serta diluluskan dengan lebihan suara yang menyokong.

Ambil kira persidangan bermula jam 10 pagi dan berakhir 4.57 pagi, persidangan pada 5 April memakan masa 16 jam 57 minit.

Sidang pada Rabu itu juga menyaksikan Dewan tegang dengan penyokong kerajaan dan pembangkang bertikam lidah gara-gara ahli parlimen pembangkang tidak mahu persidangan yang sepatutnya berakhir 11.30 malam disambung bagi menyelesaikan pembentangan RUU.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.