SIRUL : MALAYSIA BELUM MOHON EKSTRADISI – TUN M

 

Malaysia belum membuat permohonan kepada Australia bagi mengekstradisi Sirul Azhar Umar, kata Perdana Menteri,Tun  Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Sirul tidak akan kembali kerana takut akan digantung.

“Kami tidak memohon ekstradisi.

“Apabila kita mengurangkan hukumannya, mungkin dia akan kembali,” katanya di Putrajaya, pada Jumaat.

Dr Mahathir mengulas laporan di The Guardian bahawa kerajaan Australia meluluskan permintaan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul, bekas anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.