SITI NAFI KAUT UNTUNG SECARA TIDAK SAH

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah blog yang didakwa menyebar berita palsu menggunakan nama dan foto dirinya.

Penyanyi nombor satu negara itu memberi amaran tindakan tegas akan diambil berhubung laporan blog berkenaan yang mengaitkannya dengan dakwaan menggunakan maklumat secara tidak sah semata-mata untuk meraih jutaan ringgit.

“Cerita ini terdapat di dalam sebuah blog iaitu blogspotcentral.com dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik pautan yang berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya berita di atas (jika dirujuk kepada saya) dan perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan diri saya.

“Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini,” tulisnya pada laman Instagram pada Ahad.

Dalam tajuk berita yang kononnya ditulis wartawan NST itu, individu bernama Sita Nurhaliza disaman selepas menggunakan maklumat secara tidak sah untuk menjana keuntungan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.