SPRM SIASAT SKANDAL TANAH IJOK

 

Skandal penjualan tanah Ijok yang bernilai RM1.18 bilion kepada sebuah syarikat pemaju swasta masih dalam proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata ia itu dibuat berdasarkan dokumen yang dirampas daripada lima syarikat dan maklumat baharu yang diperoleh.

“Kami meminta kerjasama semua pihak untuk memberi peluang kepada kami meneliti dokumen berkenaan.

“Pada masa sama, kami juga mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu tampil ke hadapan untuk membantu SPRM,” katanya di Putrajaya, Isnin.

Pada November lalu, dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Generation2u United Club dan Persatuan Pemuda Kampung Lindungan 565 meminta SPRM membuat siasatan jika terdapat unsur rasuah mengenai isu tanah di mukim Ijok.

 

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.