STRATEGIS PPBM GAGAL JAWAB CARA TANGANI HUTANG NEGARA

 

Belum pun menang Putrajaya, Pakatan Harapan (PH) sudah gagal untuk menjelaskan secara terperinci mengenai persoalan bagaimana parti itu akan menampung kehilangan hasil melalui pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tol dan pengurangan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sebaliknya, Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff meminta diberi satu tempoh bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau yang kononnya sebahagian daripada pasukan penggubal manifesto PH meminta masa yang lebih panjang bagi memberi respon terhadap kehilangan pendapatan sebanyak RM416.6 bilion jika ia dilaksanakan.

“Saya dah baca pengumuman Irwan, saya akan cuba teliti adakah angka-angka dia ni betul sebab selalu dia beri angka macam-macam….Jadi saya nak tengok dulu angka-angka nanti saya akan respon,” katanya kepada pemberita pada sidang media parti itu di ibu pejabat PPBM, Petaling Jaya, pada Isnin.

Terdahulu Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pemansuhan GST akan menyebabkan hutang negara semakin meningkat apabila kehilangan RM45 bilion kepada RM338 bilion untuk pemansuhan tol dan seterusnya PTPTN RM3.9 bilion dan RM2.4 bilion untuk duti eksais.

Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar PPBM, Wan Saiful Wan Jan pula mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja memomokkan rakyat dengan beberapa janji dalam manifesto pembangkang sahaja berbanding lebih 60 janji tawaran yang lain.

Katanya, ini kerana BN tidak berani untuk berdebat mengenai janji yang lain sebagai contoh mereformasikan pentadbiran negara.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.