SULTAN BERI PH,BN TEMPOH SEHINGGA ESOK

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memberi tempoh sehingga esok kepada Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan mereka mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Anggota Dewan Undangan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata pembangkang BN diberi masa sehingga esok pagi manakala PH sehingga jam 2 petang esok.

“Mengikut laporan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH mempunyai 29 kerusi jadi Sultan Nazrin menawarkan pilihan pertama kepada pakatan itu untuk menubuhkan kerajaan negeri.

“Walaubagaimanapun pagi tadi, pejabat Sultan menerima surat daripada BN memaklumkan mereka ada majoriti mudah iaitu 27 kerusi DUN BN dan tiga kerusi DUN PAS.

“Daripada surat itu dinyatakan setuju tubuh satu kerajaan bersama BN. Bagaimanapun Sultan mahu kesahihan kandungan surat itu,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta pada Jumaat seperti dilaporkan Bernama.

Menurutnya, Sultan Nazrin meminta bukti dan sokongan 30 ADUN seperti yang ditulis dalam surat tersebut pada pagi esok.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.