SUSPEK TETAK ISTERI DIBERKAS POLIS

 

Seorang lelaki dipercayai suspek yang dikehendaki dalam siasatan kes seorang wanita ditetak dalam kejadian di Taman Klang Jaya berjaya ditahan polis.

Sumber polis mengesahkan penangkapan suspek juga suami kepada mangsa yang terlibat dalam insiden pada 8 Mac lalu.

Suspek dikenali sebagai Somoo Nagapan, 38,berasal dari Kubang Buaya, Kuantan.

Hasil siasat polis terhadap suspek mendapati mengaku menghentak beberapa bahagian tubuh badan mangsa menggunakan bahagian belakang parang.

“Punca kejadian adalah suspek dapat tahu mangsa berlaku curang menjalin hubungan dengan lelaki lain yang dikenali sebagai Simon,” kata sumber tersebut.

Difahamkan, Asisten Superintendan Pugalendhi terlibat dalam serbuan sebelum mencekup suspek yang telah diburu polis sejak hari kejadian.

Suspek bersama barang rampasannya telah diserahkan kepada pegawai penyiasat kes di Ibu pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan seterusnya.

Dalam kejadian kira-kira 9.00 pagi, R Komathi, 42, yang berada di tempat kerja dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya bertindak mengheret mangsa ke arah kereta jenis Proton Satria biru.

Ketika diheret ke kereta, Komathi ditetak beberapa kali seorang suspek menggunakan parang panjang menyebabkan kecederaan di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan sebelum kedua-dua suspek beredar membawa wanita tersebut.

Kejadian yang dirakam itu kemudian tular di media sosial dan ditonton lebih 7,000 kali setakat berita ini ditulis.

 

Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.