SYARIKAT SWASTA PERLU LAKUKAN PEMBANGUNAN INOVASI – TPM

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta syarikat swasta membuat pelaburan dalam pembangunan inovasi supaya Malaysia dapat menyaingi perkembangan pesat negara-negara lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan ekonomi global dewasa ini menyaksikan negara lain saling memperkenalkan pelbagai kemajuan dan produk inovasi masing-masing.

Beliau membuat saranan itu juga bagi memastikan sasaran Malaysia dinobatkan sebagai 20 negara terbaik di dunia menjelang 2050 dicapai lebih awal.

“Kerajaan sentiasa menyediakan peruntukkan melalui kementerian dan agensi, tetapi bagi memastikan sasaran untuk meletakkan negara sebagai antara negara yang mempunyai pencapaian inovasi yang baik, pihak swasta perlu mempamerkan kesungguhan yang sama.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

“Dengan itu, sasaran itu boleh tercapai seperti menerusi matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Pameran Ekonomi Kreatif dan Inovasi Kebangsaan 2017 (Nice 2017) yang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Jelas beliau, inovasi bukan setakat tertumpu kepada perniagaan semata-mata, tetapi diukur dari segi penerapan teknologi terkini bagi mengekang aktiviti jenayah moden.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.