TAHNIAH ZIYAD – PM

 

Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefl, yang meraih pingat emas dan mencatat rekod dunia baharu acara lontar peluru lelaki F20 Kejohanan Olahraga Para Dunia di London.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga dengan kemampuan atlet itu mencatat rekod dunia baharu.

“Tahniah @yardzolkefli, menang pingat emas di #London dan sekali lagi pecah rekod dunia! #kebanggaanku, #Negaraku #MAS,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, pada Ahad.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.