TAMBANG BAS PUTRAJAYA RM0.50 SEN

 

Perbadanan Putrajaya hari ini menggesa kerajaan mengekalkan kadar tambang pengangkutan awam khususnya di sini yang pada masa ini dikenakan 50 sen untuk setiap penumpang bagi satu perjalanan.

Presidennya, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, walaupun Perbadanan Putrajaya terpaksa menanggung sehingga RM3.00 subsidi setiap pengumpang, namun ia menjadi perkhidmatan sosial kerajaan sejak 10 tahun lalu yang perlu dikekalkan.

“Kita mengenakan caj ataupun tambang minimum 50 sen setiap kali penumpang menaiki bas. Kita sudah beroperasi lebih 10 tahun, tapi kita masih boleh menguruskan perkhidmatan ini disebabkan oleh bantuan kerajaan

“Perkhidmatan Nadi Putra yang berada di Putrajaya ini adalah salah satu komitmen kerajaan dan jadi perkhimdatan sosial kepada masyarakat Putrajaya.

“Sebab itu kita kekalkan (tambang) dari dulu hingga sekarang tambang 50 sen satu penumpang satu perjalanan. Kalau boleh dan saya minta dikekalkan atau diperbaiki sebab ia adalah perkhidmatan sosial,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, pada Khamis.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.