TANAH IJOK : LAGI PENEROKA AKAN DIPANGGIL SPRM

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa peneroka bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Dzulkifli bagaimanapun enggan menggulas lanjut mengenai identiti kesemua peneroka tersebut.

“Kita akan panggil beberapa peneroka bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung isu  tersebut, ” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Mahasiswa India Malaysia (PERMAI) di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, pada Ahad.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.