TAWAN N.04 DAN SELANGOR : 1 RUMAH RM1000 – JAMAL

 

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar mengumumkan hadiah RM1,000 untuk setiap buah rumah sekiranya DUN Sekinchan (N.04) menang dan negeri Selangor berjaya ditawan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

Ternyata pengumuman itu memberikan impak besar kepada masyrakat Sekinchan untuk kembali memberi sokongan kepada BN setelah sekian lama dijajah pembangkang dari parti DAP.

Menurutnya, pemberian itu adalah dari pihak penaja yang telah pun bersetuju serta menandatangi pengesahan secara hitam putih dengannya.

Jamal berkata demikian semasa berucap di pentas dan selepas mengendalikan Konsert Jelajah Calon BN PRU14 yang kali ke enam diadakan di sekitar daerah Sungai Besar bermula selepas penamaan calon pada 28 April lepas.

Konsert ini juga akan diteruskan di beberapa kawasan lain sebagai tanda sokongan terhadap calon-calon BN PRU14.

 

  • Wartawan/Videographer : HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.