TERBUKA TANDING JAWATAN PRESIDEN – ZAHID

 

Pemangku tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan keputusan yang dibuat oleh parti untuk mempertandingkan kesemua jawatan dalam pemilihan 30 Jun ini.

Menurutnya, beliau dan Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersifat terbuka sekiranya terdapat mana-mana ahli yang berniat untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

Beliau juga berkata parti belum memuktamadkan jumlah nama yang berminat untuk bertanding jawatan-jawatan tersebut berikutan tempoh tarikh penamaan calon belum berakhir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di PWTC pada Ahad.

 

  • Wartawan : SYAKIRIN DAUD
  • Videographer : HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.