TEROWONG : AHLI PERNIAGAAN DIREMAN ENAM HARI

 

Seorang ahli perniagaan direman enam bagi membantu siasatan menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh mengeluarkan perintah reman terhadap suspek lelaki bergelar Datuk Seri hari ini di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.

Suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3.48 petang semalam.

Laporan sebuah portal menyebut suspek menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan projek berkenaan selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

Suspek dikatakan menerima wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat bermula Julai dan Ogos tahun lalu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.