TIADA PEMIMPIN PPBM ISYTIHAR HARTA DENGAN INVOKE – RAFIZI

 

Belum ada calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengisytiharkan harta kepada Invoke Malaysia melalui akaun bersumpah yang disarankan badan pengkaji bebas di pengerusikan Rafizi Ramli itu.

Setakat ini hanya seramai 103 pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah mengisytiharkan harta dengan Invoke Malaysia membabitkan individu daripada PKR dan PAN.

Rafizi, berkata setakat ini memang tiada calon daripada PPBM yang membuat keputusan untuk isytihar harta, bagaimanapun ia bukanlah satu paksaan.

“Pengisytiharan harta ini hanya kepada mereka yang sukarela dan Invoke akan membantu mereka yang mengisytihar dari segi berkempen ketika pilihan raya nanti,” katanya pada majlis Ikrar Khidmat Rakyat dan Pengisytiharan Harta di Subang Jaya, Selasa malam.

Rafizi mengakui ramai yang keberatan untuk mengisytiharkan harta mereka atas pelbagai sebab.

“Saya kenal wakil rakyat yang pada mulanya ragu-ragu, bukan sebab rasuah tetapi ini soal peribadi mereka. Sebab itu saya ambil masa untuk meyakinkan bahawa pengisytiharan harta ini adalah untuk kebaikan mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam ucapannya sebelum itu berkata, langkah mengisytiharkan harta dengan Invoke tidak sama dengan berbuat demikian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.